السبت، ٥ محرم ١٤٣٢ هـ

Bestnya Minum Coca-cola~





Korang semua mesti dah pernah minum air coke kan? Kurang-kurang pun mesti pernah minum sekali,betul tak? Jadi secara rambangnya penulis kira semua dah pernah rasalah betapa lazatnya sejenis air yang di panggil air coke nih. Penulis pun banyak kali dah minum air coke,tapi tak selalu la,kadang-kadang jek. Tu pun curi-curi,kalau dok kat umah susah sikit nak minum(sebab abah xbagi minum,hu2..)


Jadi dengan berbesar hatinya sudilah penulis ingin menceritakan pada pembaca semua betapa bagusnya kita minum air coke nih. (mesti korang kata,biar betul penulis nih?? minum air coke pun bagus ke?? xpe..tgu..) Mula-mula kita perhatikan dulu fakta kat bawah ni ye. Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke/Coca-cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu,Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya,adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke,ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang je setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke,skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.(Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang berperisa coke,haha..)

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup je tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.(Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!)


Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki.(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin)pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun!!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid,mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wah!!


Minum Coke ni rasa cam kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca(cocaine) dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke,pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi,try cara ni,kot-kot gigi tu bleh hilang! Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke,sama jer! Anda minum Caffein,bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


10. Di India,negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak,ish2..Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga-serangga perosak tu,heheh..


Syarikat Coke juga 100% dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi. Jadinya sekarang ni,tepuk dada tanyalah perut,sama ada nak nak minum atau tidak(sebabnya usus kita dalam perut tu bakal lebur kalau kita selalu sangat minum coke,hek2.. Fikir-fikirkanlah,hum..)

Ada Apa Dengan 'Merry Christmas'??






Kita semua sedia maklum bahawa rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Mahu tidak mahu kita perlu juga menyesuaikan diri hidup dengan mereka. Perkara itulah yang di sebut sebagai perpaduan antara kaum. Walau pun begitu, kita perlu ingat bahawa bukan semua perkara kita boleh lakukan demi mengeratkan hubungan antara kita dengan mereka. Di sana terdapatnya batasan-batasan yang perlu kita jaga dan pelihara selaku mereka yang beragama islam.

Hari Natal atau hari 'Christmas' pada tahun ini jatuh pada tanggal 25 Disember, hari khamis. Kebanyakan bandar-bandar di tanah air akan meriah dengan pelbagai pesta dan majlis untuk menyambut hari tersebut. Kita sebagai orang islam tidak sepatutnya menyertai mereka akan tetapi masih ada segelintir daripada kita yang tidak memahami perkara ini dan seterusnya ikut sama turut serta menyambutnya.

Tahukah mereka tujuan sambutan hari 'Christmas' bagi penganut kristian? Sambutan hari 'christmas' disambut adalah sempena untuk mengingati kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Bagi penganut Kristian nabi Isa adalah anak Allah. Perkara ini jelas disebut oleh Allah Ta'ala di dalam Al-Qur'an yang mana bermaksud:-



"Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak"

(Surah Maryam:88-92)


Sesungguhnya Allah tidak beranak dan diperanakkan. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:-


Katakanlah: “(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".

(Surah Al-Ikhlas:1-4)


Menganut Kristian juga mengatakanTuhan itu tiga(trinity) iatu The Father, The Son and The Holy Spirit. Inilah kesilapan yang paling jelas di dalam agama mereka. Allah juga telah berfirman:-


Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam dan (merupakan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Trinity)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allahlah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah Dia sebagai Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

(Surah An-Nisa':171)


Sesungguhya penganut Kristian tidak berhenti mengatakan Tuhan itu tiga sehinggalah ke hari ini. Oleh itu, Allah mengatakan mereka telah kafir dari agama yang diredhai Allah:


Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan.” Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir daripada mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Surah Al-Ma'idah:73)


Dalil-dalil yang dibawakan di atas sudah cukup untuk memberi kefahaman pada kita bahawa haramnya kita menyambut hari 'christmas'. Oleh yang demikian janganlah kita mudah terikut-ikut dengan perayaan yang mereka sambut itu. Jangan kita sambut apa yang menjadi kebanggaan pada agama mereka akan tetapi sambutlah perayaan-perayaan di dalam islam yang dapat menguatkan lagi iman kita pada Allah yang Maha Esa. Moga Allah sentiasa menyelamatkan kita daripada amalan-amalan yang boleh merosakkan akidah kita sebagai muslim yang sejati. Amin..

الاثنين، ٢٨ شعبان ١٤٣١ هـ

Kehidupan..

Full View
REMAJA MASJID Kehidupan..
...
From:
Fidah Muhiddin [Chat now]
...
Add to Contacts
To: remaja_masjid@yahoogroups.com


Hidup ini tak selalunya bahagia..
adakalanya kesusahan melanda,
adakalanya kesedihan menyapa..
Disaat tawa kadang2 terselit tangis..
Disaat gembira kadang2 terselit duka..
Bahkan dalam tenang pun mampu berasa gundah,
dalam bahagia mampu berasa hampa..
Didatangi berita gembira mungkin sahaja beserta berita buruk,
Didatangi rezeki melimpah mungkin sahaja beserta hutang merata..
Inilah yang dinamakan kehidupan..
Penuh pengajaran dan pengalaman suka duka..
Hanya saja kau perlu sabar dan tidak putus asa,
agar kau mampu melalui segalanya
dengan jalan yang terbaik dan kau akan merasa hasilnya..
Yakinlah dengan firman Allah,
Dia tidak akan menguji hambaNya diluar batas kemampuannya. .
Dan sesungguhnya ujian itu adalah tanda cintaNya,
Dan bukti keimanan seorang hamba kepada Penciptanya. .
Wallahualam. .

Belgium mengenakan larangan umum terhadap burka dan niqab

Belgium mengenakan larangan umum terhadap burka dan niqab(purdah)
Peperangan propaganda, Khamis 01 April 2010

Jawatankuasa Dalam Negeri Parlimen Persekutuan Brussel menyetujui untuk melarang pemakaian kain penutup wajah ditempat umum samada secara separa mahupun sepenuhnya oleh wanita Muslimah.

Pada hari ini, Belgium telah bergerak selangkah ke hadapan dalam kempen untuk menyekat pemakaian burka(sekeping kain yang meliputi seluruh badan dari hujung kepala hingga kehujung kaki) oleh wanita Muslimah apabila keputusan pemilihan undi di parlimennya telah menjadikan Belgium sebagai Negara Eropah pertama yang melarang pemakaian burka dan niqab di khalayak umum.

Jawatankuasa Dalam Negeri Parlimen Persekutuan Brussel menyetujui untuk melarang pemakaian kain penutup wajah di tempat umum samada secara separa mahupun sepenuhnya oleh wanita Muslimah.

" Saya amat berbangga Belgium akan menjadi negara pertama di Eropah yang berani menguatkuasakan peraturan sedemikian ke atas perkara yang amat sensitif ini," kata MP kanan Denis Ducarne.

Daniel Bacquelaine, seorang MP parti liberal yang mengajukan usul rang undang-undang tersebut, berkata: " Kita tidak boleh membiarkan seseorang individu itu untuk menuntut hak kebebasan melihat orang lain tanpa wajah beliau dapat dilihat."

" Adalah satu keperluan untuk mengadakan undang-undang yang menegah individu dari memakai pakaian yang menyembunyikan identiti si pemakai secara total. Pemakaian burqa di tempat umum adalah bertentangan dengan sebuah masyarakat yang mengamalkan sikap terbuka, liberal serta bertoleransi. "

Tindakan Belgium ini adalah merupakan reaksi kepada negara jiran mereka iaitu Perancis dan Belanda yang secara berterusan mendokong idea untuk melaksanakan larangan yang serupa.

Pada minggu lalu, wilayah Quebec di Kanada telah memperkenalkan langkah-langkah yang diusul oleh parlimennya untuk mengharamkan pemakaian purdah di dalam perkhidmatan awam – dan cadangan ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat umum di Kanada.

Sokongan terhadap pengharaman burqa di Belgium pula dilihat melangkaui garis pemisah antara parti politik yang terdapat di negara itu, bermula dari parti Hijau, hinggalah ke haluan kanan. Ianya juga menghasilkan satu kesatuan aneh di antara pelbagai bahasa dan bangsa yang membahagikan sebahagian besar negara itu sebelum ini.

Sokongan penuh yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri itu membawa makna bahawa parlimen akan mengundi untuk persetujuan ahlinya di pertengahan April ini dan seterusnya pengharaman ke atas burqa itu akan dilaksanakan pada musim panas tahun ini.

Di bawah usul rang undang-undang itu, denda ataupun hukuman sehingga tujuh hari penjara akan dikenakan ke atas pemakaian burqa yang meliputi seluruh badan ataupun purdah yang hanya menutupi muka. Rang undang-undang yang akan didebatkan pada bulan hadapan itu menyatakan bahawa sesiapa yang berada di tempat umum dengan "wajah bertutup ataupun tidak dapat dikenalpasti secara amnya, samada mukanya bertutup separuh ataupun kesemuanya", maka beliau boleh dikenakan hukuman yang telah dinyatakan.

Tatkala suara keberanian ini membuka laluan untuk pengharaman burqa secara besar-besaran di peringkat benua Eropah, kerajaan tempatan Belgium telah pun memiliki kekuatan untuk melarang pemakaian burqa dan niqab di tempat umum.

Dari 500,000 kaum Muslimin yang bermastautin di Belgium, dengan kebanyakannya berada di Brussels dan Antwerp, hanya sebilangan kecil dari wanita Muslimah yang memakai purdah yang menutup keseluruhan tubuh dan muka, dan ini menyebabkan tiada perdebatan umum tentang perlunya mengharamkan pemakaian burqa ini.

Di saat yang sama, Bacquelaine mempersetujui bahawa di kalangan wanita Muslimah di Belgium, tiada sebarang masalah yang berlaku dan terdapat hanya segelintir individu yang menutup penuh muka mereka, beliau cuba menegaskan pendiriannya untukmengambil langkah berjaga-jaga dengan berkata: " Kami harus bertindak dari sekarang demi mencegah pertambahan jumlah si pemakai penutup muka ini."

Malahan perdebatan yang lebih utama di Belgium bukanlah isu burqa dan niqab, tetapi seperti di negara-negara lain di Eropah, isu tudung kepala (head scarf) adalah lebih menonjol. Ibubapa Muslim mendesak sekolah-sekolah untuk membenarkan anak-anak mereka memakai tudung ke sekolah dan kebanyakan dari mereka memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta yang membenarkan amalan mereka diteruskan.
Kempen di Belgium ini adalah serupa dengan kempen-kempen sepertinya di Eropah.

Susulan dari pilihanraya yang penuh kemelut minggu lepas, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy telah menyeru kepada pengharaman ke atas burqa. " Pemakaian tabir ke seluruh tubuh adalah bertentangan dengan martabat wanita," katanya. " Jawapannya adalah dengan mengharamkannya. Kerajaan akan memperkenalkan rang undang-undang yang mengharamkannya bagi membuktikan kesucian prinsip undang-undang yang diamalkan di negara ini." Pemakaian tudung kepala adalah diharamkan di sekolah-sekolah di Perancis.

Di Belanda, penyokong Haluan kanan Geert Wilders mendapat populariti yang mencanak naik dalam undian pendapat sebelum pilihanraya pada bulan Jun kerana kempennya terhadap pengharaman tudung serta amaran beliau tentang "Islamisasi" masyarakat Belanda.

Timbalan Presiden Persatuan Eksekutif Muslim Belgium memberi amaran bahawa pengharaman yang dilakukan oleh Belgium itu mungkin merupakan permulaan langkah pertama.

" Hari ini ianya berkenaan dengan purdah penutup muka. Esok pula adalah tudung kepala, keesokannya lagi adalah serban kaum Sikh, dan kemudiannya mungkin berkenaan pemakaian `miniskirt," hujah beliau kepada AFP.

Sumber : Guardian 01/04/2010
Sikap Kurang Ajar Barat Wajib Dihentikan!

Nampaknya isu pemakaian golongan wanita Muslimah di Barat tidak kunjung usai dan masih kekal sebagai topik hangat yang dibincangkan di negara-negara kuffar Barat. Malahan para pemimpin kuffar laknatullah ini mempergunakan isu sebegini untuk menambat hati pengundi mereka bagi mengekalkan kekuasaan dan pemerintahan. Sungguh kurang ajar! Nyatalah kebencian dan ketakutan mereka kepada Islam itu sendiri semakin meluap-luap sehinggakan mereka sanggup membincangkan malah merangka rang undang-undang mengikut hawa nafsu mereka bagi memadamkan apa sahaja bukti ketaatan kaum Muslimin terhadap Deen Allah yang terzahir di hadapan mata mereka.

Namun begitu,ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi kita sebagai umat yang beriman kepada akidah yang benar ini kerana perlakuan mereka ini telah berkali-berkali diperingatkan oleh Allah Subhanahu wa Taala melalui RasulNya di dalam kitab suci yang menjadi panduan kita sehingga hari kita dibangkitkan.

Allah SWT berfirman :

"...mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu, mereka suka apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi." [TMQ Ali Imran (3): 118]

Dan Allah berfirman lagi: "..mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu" [TMQ al-Baqarah (2): 217]

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka" [TMQ al-Baqarah: 120].

Malangnya, kejahatan dan penindasan sang kuffar laknatullah ini tidak didepani dengan benar oleh kaum Muslimin terutamanya para pemerintah kaum Muslimin sendiri. Penghinaan yang dilakukan oleh golongan kafir Barat di Eropah ini terhadap Muslimah di negara-negara Eropah itu seperti tidak memberikan sebarang impak kepada umat Islam serta para pemerintah Islam di wilayah lain, khususnya di Malaysia.

Apakah kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan rasulNya, benar-benar mengakui bahawasanya Nabi Muhammad SAW itu adalah Rasul yang sama diimani oleh kaum Muslimin di Belgium, Perancis serta negara-negara Eropah lain dan Al Quran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Rasul yang Satu itu juga merupakan kitab suci yang sama yang diimani oleh saudara-saudara seIslam kita di Eropah dan tempat lainnya?

Seandainya benar kita mengimani Rasul dan Kitab Allah yang Satu, mengapakah kita tidak merasakan penindasan yang dilakukan oleh golongan Kuffar Barat ke atas saudara-saudara kita itu? Rasulullah mengingatkan kita di dalam Khutbah terakhir Beliau tentang persaudaraan umat Islam "Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara."

Wahai kaum Muslimin! Wahai Para Pemerintah Kaum Muslimin!
Adakah kalian tegar membiarkan golongan Kuffar Barat yang dilaknat Allah ini terus terusan menghina saudara-saudara kalian? Menghina Agama Allah yang kalian imani ini? Apakah kalian beranggapan bahawa tiada pertumpahan darah yang berlaku di dalam isu ini,maka ianya bukanlah satu perkara yang penting untuk kalian depani?

Lihatlah betapa si kuffar ini BERSATU dan menepikan perbezaan bangsa mereka demi memadamkan cahaya Allah di muka bumi ini!!

Lihatlah betapa si laknatullah ini berusaha gigih mengumpul segala kudrat yang ada untuk menentang umat Islam dan menghapuskannya! ! Firman Allah SWT:

" Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian" .[TMQ At-Taubah: 32]

Mengapa tidak kita?? Apakah kita mengira bahawa kita akan terlepas dari berhujjah di depan Allah SWT tentang apakah usaha yang telah kita lakukan bagi membela saudara-saudara kita ini?

Ayuhlah kita mengorak langkah bersama, masanya sangat hampir untuk Khilafah Islamiyyah itu kembali menyirnakan kesesatan dan meyinarkan kebenaran. Janji Allah itu pasti dan janji RasulNya jua pasti.."….akan kembali Kekhilafahan atas manhaj kenabian." [HR Ahmad] wallahu a'lam.

Apa Artinya Aku Menuntut Ilmu

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah,
tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya,
yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya,
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

PURDAH – MANIFESTASI DOUBLE STANDARD BARAT

[SN214] “Purdah bertentangan dengan harga diri wanita, jadi kita perlu mengharamkannya dan kerajaan akan merangka undang-undang larangan itu”. Itulah ikrar Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengakhiri sikap berdiam dirinya mengenai isu apa yang harus dilakukan terhadap niqab, burqa dan pakaian menutup muka yang lain. Sarkozy sebelum ini hanya menyatakan bahawa niqab (purdah) melambangkan penindasan ke atas wanita dan ‘tiada tempat’ di Perancis, lapor The Times. Sementara itu di Britain, ahli Parlimen, Philip Hollobone, menyifatkan wanita yang memakai burqa sama seperti mereka yang menyarungkan beg kertas di kepala yang mempunyai dua lubang untuk mata, ketika perbahasan di Parlimen [BH 27/03/10]. Bukan sahaja Perancis, beberapa negara lain turut memberi reaksi yang lebih kurang sama. Misalnya di Belanda yang merupakan negara terawal, bukan sahaja telah mengharamkan pemakaian niqab di sekolah-sekolah kerajaan, malah pengguna pengangkutan awam tidak terkecuali.

Apa yang lebih memeranjatkan kita adalah reaksi beberapa tokoh umat Islam itu sendiri mengenai perkara ini. Terdapat beberapa tokoh terkenal yang bergelar ‘ulama’, namun menyokong usaha Barat ini, yang jelas terlihat dari komen mereka yang senada dengan apa yang dikehendaki oleh kuffar Barat. Antaranya adalah seorang cendekiawan Islam di Britain, Dr Zaki Badawi yang mengeluarkan fatwa meminta wanita muslim tidak memakai hijab dan niqab sekiranya menimbulkan permusuhan di kalangan penduduk tempatan [BBC NEWS]. Pandangan yang yang sama pernah diluahkan oleh arwah Syeikh Al-Azhar, Muhammad Sayyed Tantawi yang turut dipersetujui oleh beberapa orang ulama politik di Malaysia. Yang lebih ironinya, Syeikul Al-Azhar tersebut pernah memerintahkan seorang penuntutnya menanggalkan hijab atau niqabnya.

Dalam respons mereka yang senada dengan Barat, bermacam-macam alasan yang dilontarkan oleh tokoh Islam ini terhadap niqab seperti mengatakan kita mesti patuh kepada undang-undang negara yang kita diami, niqab adalah adat lama orang Arab, niqab ini adalah perkara khilafiah yang perlu mengikut suasana semasa untuk memakainya atau tidak dan sebagainya lagi. Sebagai Muslim, kita tidak sepatutnya membincangkan persoalan niqab dari perspektif yang dikehendaki Barat seperti sama ada ia sesuai dengan zaman atau tidak, mendiskriminasi wanita atau tidak, boleh menjejaskan keselamatan atau seumpamanya. Dalam memutuskan cara seseorang Muslimah berpakaian, kita hanya dituntut melihat kepada nas semata-mata, bukan yang lainnya. Insya Allah kali ini kami akan cuba menjelaskan perkara ini berdasarkan nas yang kuat yang kami (Hizbut Tahrir) pegang dalam masalah ini dan apakah reaksi yang sewajarnya kita ambil terhadap negara kuffar yang tidak habis-habis ingin memadamkan cahaya Allah ini.

Purdah, Wajibkah?

Sebahagian dari kaum Muslimin mengatakan bahawa purdah (niqab) adalah suatu kewajiban (fardhu) berdasarkan tuntutan dari firman Allah SWT,

“Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.” [TMQ al-Ahzab (33):53].

Menurut golongan yang mewajibkan niqab, ayat ini menunjukkan adanya qarinah (penunjukan) kewajiban menutup wajah dan tapak tangan ke atas seorang perempuan. Ini juga merupakan contoh dari perbuatan isteri-isteri Rasulullah SAW yang tidak memperlihatkan diri (wajah) ketika berhadapan dengan para sahabat. Maka kerana itu purdah adalah wajib menurut mereka. Di dalam kitabnya Nizamul Ijtima’ie Fil Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani yang merupakan pendiri Hizbut Tahrir menjelaskan kekeliruan pendapat ini dengan tiga hujah utama.

Pertama; kedudukan wajah dan dua telapak tangan bagi wanita bukan merupakan aurat. Ini adalah berdasarkan firman Allah SWT,

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya” [TMQ an-Nur (24):31].

Apa yang di maksudkan dengan “janganlah mereka menampakkan perhiasannya” adalah “janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan.” Selanjutnya, maksud “kecuali yang (biasa) tampak darinya” adalah anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah. Ibnu Jarir Ath-Thabari juga menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur’an Juz XVIII ms 84, mengenai perkara di atas. Jadi, “apa yang biasa tampak darinya” adalah bermaksud wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa tampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi SAW sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua-dua anggota tubuh ini pula juga yang tampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat serta biasa tergambar di masa Rasulullah SAW iaitu di waktu masih turunnya ayat-ayat Al-Qur’an.

Kedua; dalil ini (Al-Ahzab:53) tidak sewajarnya digunakan dalam membincangkan hukum Muslimah menutup wajah. Ini adalah kerana dalil tersebut hanya ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah SAW secara khusus. Di dalam Al-Quran, memang terdapat beberapa ayat yang menyentuh hukum-hukum khusus berkaitan kehidupan rumah tangga Rasulullah dan para isteri baginda, salah satunya ialah ayat tersebut yang mengandungi frasa “dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Ayat ini menerangkan bahawa isteri-isteri Rasulullah SAW diperintahkan untuk menjalankan apa yang diperintah kepada mereka (tetap di rumah mereka) agar mereka dibersihkan daripada kotoran dan disucikan, kerana mereka adalah termasuk ahlul bait (keluarga) Rasulullah.

Inti ayat-ayat yang disebutkan di atas secara jelas ditujukan khusus kepada isteri-isteri Rasulullah SAW sepertimana yang tercantum dalam ayat itu sendiri yang berbunyi, “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama dengan wanita-wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” Ketiga-tiga ayat dalam surah al-Ahzab (ayat 32, 33 dan 53) dengan jelas ditujukan khusus kepada isteri-isteri Rasulullah dan tidak ada qarinah di dalamnya yang mewajibkan hal yang sama ke atas para Muslimah selain mereka.

Ketiga; di dalam perbahasan kewajiban menutup wajah ini, ia tidak termasuk di dalam kaedah “al-Ibratu bi umumil lafzi laa bi khushushil sabab” (jatuhnya hukum ditentukan oleh umumnya lafaz, bukan oleh khususnya sebab). Ini kerana, di dalam konteks perbahasan ini, hukum tersebut turun sebagai nas khusus untuk orang-orang tertentu dan bukannya turun kerana sesuatu ‘peristiwa’ seperti kebiasaan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang dikaitkan dengan peristiwa asbabun nuzul.

Hizbut Tahrir memandang bahawa pendapat yang mengatakan bahawa hijab (purdah) adalah diwajibkan terhadap wanita dan mereka wajib mengenakannya untuk menutup keseluruhan wajah mereka kecuali matanya, adalah pendapat yang Islami. Dan pendapat yang mengatakan bahawa hijab (purdah) adalah tidak diwajibkan ke atas wanita secara mutlak kerana wajah dan kedua telapak tangannya bukanlah aurat, juga merupakan pendapat yang Islami. Namun pendapat yang rajih (kuat) yang dipegang oleh Hizbut Tahrir dalam hal ini adalah hukum memakai niqab ke atas Muslimah adalah mubah (harus). Namun dalam hal ini kita tidak boleh memaksa orang lain mengikuti pendapat kita selama mana mereka meyakini bahawa pendapatnya benar. Tugas kita adalah menerangkan nas-nas dan pendapat yang terkuat mengenainya dan bukannya memaksa seseorang membuka niqab mereka [Sila baca penjelasan yang panjang lebar dan menyeluruh di dalam kitab Nizamul Ijtima’ie Fil Islam].

Walaupun wujudnya perselisihan di kalangan ulama dalam hal ini, namun kaum Muslimin tidak seharusnya bersepakat dan bersetuju dengan suara atau usaha puak kuffar untuk mengharamkan purdah. Mengharamkan suatu yang dihalalkan oleh Allah merupakan suatu kemaksiatan dan perbuatan fahsya’ (keji) di sisi Allah. Oleh itu, umat Islam hendaklah tidak terjebak sehingga boleh bersetuju dengan puak kuffar di dalam usaha mereka untuk mengharamkan apa yang Allah telah halalkan.

Kebebasan Peribadi, Maruah Wanita dan Double-Standard Barat

Jika kita meneliti kata-kata Sarkozy, “purdah bertentangan dengan harga diri wanita” dan Cope, salah seorang calon pengganti Sarkozy berhaluan kanan yang berkata, “Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita”, sungguh kita merasa pelik dengan kedua-dua kenyataan ini! Apakah layanan dan harga diri seseorang wanita itu dikatakan tinggi dengan membenarkannya telanjang di khalayak ramai, sebagaimana yang berlaku di Perancis dan lain-lain negara Barat? Siapapun yang ada mata telah dan sedang menyaksikan keruntuhan moral masyarakat Barat yang begitu dahsyat. Statistik mengenai perkara ini tersiar dan dapat disaksikan di seluruh dunia. Angka perkahwinan sah (legal marriage) di Barat semakin menurun yang membawa erti bahawa masyarakat lebih cenderung melakukan hubungan seks di luar nikah dan ini bukan merupakan hal yang baru. American Newsweek edisi Januari 2003 menyatakan, “lebih dari separuh anak yang dilahirkan di Sweden dimiliki oleh pasangan yang tidak pernah berkahwin”.

Di Perancis dan Britain pula, angka ini menjangkau 30%. Manakala di Amerika, tingkat kehamilan di luar perkahwinan lebih dari dua kali ganda berbanding negara-negara Barat lainnya. Berdasarkan laporan dari News And World Report, lebih dari sejuta anak gadis Amerika yang mengandung dan 75% adalah tanpa nikah. Dari jumlah tersebut, 80% adalah ibu-ibu muda yang miskin dan memerlukan bantuan dari pihak pemerintah. Pusat penelitian ini juga mendapati bahawa ketika ini, setiap dua orang anak yang lahir di Amerika, satu darinya adalah anak hasil hubungan zina. Itu belum termasuk jumlah anak (kandungan) yang digugurkan.

Meningkatnya keruntuhan moral di Barat diiringi pula dengan meningkatnya kes kekerasan seksual seperti kes-kes rogol. Di Amerika sahaja, setiap tahun lebih dari 700 ribu wanita telah dirogol. Lembaga penelitian RAINN dalam laporannya menyatakan, “Dari setiap enam orang wanita di Barat, seorang darinya adalah mangsa rogol”. Lembaga ini juga menyingkapkan realiti yang lebih pahit, iaitu bahawa 40% dari pemerkosaan tersebut dilakukan di dalam rumah dan sebahagian besarnya dilakukan oleh ahli keluarga terdekat, 20% di kawasan kejiranan, rakan atau saudara, dan 25% lagi di lokasi umum. Dan kesemua angka-angka kebejatan akhlak dan jenayah terhadap wanita ini semakin meningkat saban tahun. Inikah ketinggian taraf dan layanan hebat yang yang dikehendaki dan diberikan oleh kuffar Barat terhadap wanita? Pemimpin Barat begitu berbangga dengan kebebasan peribadi (personal freedom) yang dijunjung mereka dan mereka menyatakan bahawa mereka telah ‘memuliakan’ wanita dengan kebebasan ini. Nah! Data-data di atas memperlihatkan hasil ‘kemuliaan’ yang telah mereka berikan ke atas wanita selama ini!

Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, pemimpin Barat ini kononnya begitu menghormati kebebasan peribadi ke atas setiap orang sehingga seseorang wanita itu dibenarkan berpakaian dengan cara mana sekalipun mahupun langsung tidak berpakaian di khalayak ramai, selama mana seseorang itu tidak menganggu kebebasan orang lain. Namun apabila wanita-wanita Islam ingin memakai purdah yang juga langsung tidak pernah mengganggu orang lain, tiba-tiba hal ini ingin diharamkan oleh mereka! Inilah bukti hipokrasi dan double standard Barat serta kebencian mereka kepada Islam! Mereka boleh membenarkan sisters dan nun (paderi perempuan) untuk memakai tudung dan jubah mengikut agama mereka, namun apabila seorang perempuan Islam ingin mengenakan tudung dan jubah mengikut agama Islam, kuffar Barat ini terus ingin menghalang, mempersoalkannya dan berusaha mengharamkannya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sudah banyak kali Perancis menyatakan dengan jelas kebiadapan mereka terhadap hukum Islam, namun nampaknya para pemimpin umat Islam terus berdiam diri, malah ada yang menyokongnya! !! Sebagai sebuah parti politik Islam, memanglah Hizbut Tahrir tidak mempunyai kekuatan sebagai sebuah negara untuk melawan kebiadaban Barat ini, namun Hizbut Tahrir telah mengingatkan kerajaan Perancis bahawa suatu ketika dahulu pemimpin negara mereka pernah diselamatkan oleh Khalifah dari tawanan musuh mereka. Sekitar 500 tahun dahulu (abad ke-16), kita (umat Islam) telah memberikan layanan yang baik kepada Perancis dan Perancis mengembalikan layanan yang sama. Kita cuba menaruh harapan bahawa Perancis hari ini mengambil pendekatan yang pernah diambilnya dahulu. Hizbut Tahrir telah pun menghantar surat kepada kerajaan Perancis mengingatkan mereka akan peristiwa penangkapan raja mereka, Francis I di dalam peperangan Pavia pada tahun 1525. Ketika itu, Perancis benar-benar merasa terhina dengan penawanan raja mereka dan tentera mereka telah gagal membebaskan raja mereka dari tawanan. Mereka lalu meminta pertolongan dari Daulah Khilafah (Uthmaniyah) di mana seorang utusan telah dihantar bagi pihak raja Perancis untuk menemui Khalifah pada 6 Disember 1525. Utusan tersebut telah menemui Khalifah Sulaiman al-Qanuni dan sang Khalifah telah menyahut permohonan utusan tadi.

Khalifah yang hebat itu menulis surat kepada raja Perancis yang berbunyi, “Kami telah menerima surat yang diberikan oleh utusan kamu di mana kamu menyatakan bahawa musuh kamu telah menyerang negara kamu dan kamu telah ditawan dan meminta pertolongan kami untuk membebaskan kamu dari tawanan. Kami dengan ini menerima permohonan kamu dan bersukacitalah dan jangan bimbang”. Daulah Khilafah lalu menggunakan pengaruhnya di peringkat internasional dan mengerahkan kekuatan tentera untuk menyelamatkan raja Perancis. Khalifah Sulaiman telah menyelamatkan Perancis tanpa apa-apa bayaran dan tanpa meminta mana-mana tanah di Perancis sedikit pun sebagai imbalan. Sang Khalifah telah melakukannya sebagai satu tindakan persahabatan. Malah Perjanjian Constantinople yang ditandatangani pada tahun 1536 di antara Khalifah Sulaiman dan raja Perancis, telah memberikan Perancis konsesi di dalam Daulah Islam yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana negara sebelum itu. Kami (Hizbut Tahrir) telah pun mengingatkan Perancis agar mereka ingat dan hayati kembali akan kebaikan yang telah diberikan oleh Daulah Khilafah kepada mereka suatu ketika dahulu, dan dengan itu mereka menghentikan usaha jahat mereka untuk mengharamkan niqab ke atas Muslimah-Muslimah kita di negaranya. Kita tunggu dan lihat apakah reaksi mereka seterusnya. Jika mereka tetap berdegil ingin memaksakan hukum kufur mereka ke atas umat Islam, maka Insya Allah bila Daulah Khilafah kembali berdiri dalam waktu terdekat nanti, maka mereka akan pasti merasakan kekesalan yang tidak berkesudahan.

Wallahu a’lam


Sumber : MyKhilafah

Jangan Bersedih, Tunggulah Jalan Keluar

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Tirmidzi disebutkan: "Sebaik-baik ibadah adalah menunggu jalan keluar."



“Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

(QS. Hud: 81)



Cahaya fajar bagi orang-orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyebar, maka jelanglah pagi dan tunggulah kemenangan dari Sang Penakhluk.



Orang Arab berkata, "Jika seutas tali sudah sangat meregang, nescaya ia akan segera putus” Artinya: Jika persoalannya sudah mencapai tahap kritikal, maka tunggulah jalan keluar menjelma. Allah berfirman,



“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

(QS. Al-Baqarah: 286)



“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan

baginya jalan keluar”

(QS. Ath-Thalaq: 2)



“Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menghapus

kesalahan-kesalahan nya dan akan melipatgandakan pahalanya”

(QS. Ath-Thalaq: 5)



“Dan, barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah akan menjadikan

baginya jalan kemudahan dalam urusannya”

(QS. Ath-Thalaq: 4)



Salah seorang penyair berkata,

Betapa banyak jalan keluar yang datang setelah rasa putus asa dan betapa banyak kegembiraan datang setelah kesusahan. Siapa yang berbaik sangka pada Pemilik 'Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dipetik di tengah-tengah pohon berduri



Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan: "Aku sesuai sangkaan hamba- Ku kepada-Ku, maka ia bebas berprangsaka apa saja kepada-Ku." Allah berfirman,



“Hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki”

(QS. Yusuf: 110)



“Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”

(QS. Al-Insyirah: 5-6)



Ada sebuah pernyataan yang beredar di kalangan ahli tafsir, yang bahkan menurut sebahagian dari mereka ditetapkan sebagai hadis. Pernyataan berbunyi demikian: "Satu kesulitan tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan."



“Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat”

(QS. Al-Baqarah: 214)



“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”

(QS. Al-A'raf: 56)



Dalam sebuah hadis sahih disebutkan: "Ketahuilah bahawa pertolongan itu ada bersama dengan kesabaran dan jalan keluar itu akan selalu beriringan dengan cubaan."



Seorang penyair berkata,

Jika persoalan telah sangat sulit, tunggulah jalan keluarnya, sebab ia akan segera menemukan jalan keluarnya.



Penyair yang lain berkata,

Banyak mata yang tetap celik dan banyak pula yang tidur dalam masalah yang mungkin terjadi atau tidak akan terjadi. Tinggalkanlah kesedihan sedapat yang engkau lakukan sebab jika engkau terus bersedih engkau akan berubah menjadi gila. Sesungguhnya Rabb yang telah mencukupimu sebelumnya. Dia kan mencukupimu esok dan hari-hari mendatang



Penyair yang lain mengatakan,

Biarkanlah takdir berjalan dengan tali kekangnya dan janganlah engkau tidur kecuali dengan hati yang bersih. Tidak ada di antara kerdipan mata dan celiknya kecuali Allah akan mengubah dari keadaan ke keadaan lainnya.

السبت، ٢٦ شعبان ١٤٣١ هـ

SEPULUH TANDA BESAR KIAMAT.........

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnyasepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim) BY: Sulaiman (NASBUN NURAIN.com)

Keluarga Bahagia

Bermuala sebuah keluarga bahagia itu bukanlah dengan mewahnya hidup, bukan dengan banyaknya harta, bukan dengan ramainya kenalan, bukan dengan hebatnya kita dalam kerjaya, tetapi bermulanya sebuah keluarga bahagia dengan hidupnya sebuah keluarga dalam keredaan Allah.

ERTI REDA

Reda dengan erti kata setiap kerja buat kita seharian mendapat naungan Allah. Naungan Allah ternaung dengan setiap kerja buat kita seharian diniatkan untuk mendapat keredaanNya. Memang sukar untuk kita niatkan setiap kerja buat kerana Allah. Namun semua itu bukan suatu benda yang mustahil.

CIRI-CIRI YANG MENGGAMBARKAN KEBERKATAN

Kadang-kadang kita merasakan perniagaan kita begitu maju. Namun yang menghairankan duit kita tak pernah cukup. Kenapa terjadi demikian rupa??? Jawapannya hanya empunya diri yang mampu menjawab. Tepuk dada tanya IMAN.

Cuba kita renung seketika. Sebelum tidur, letak tangan ke dahi. Cuba renung kembali setiap detik dalam seharian, apa yang sudah kita lakukan. Untuk keluarga, selaku ketua keluarga. Untuk IBUBAPA, selaku seorang anak yang tidak terlepas untuk mentaatinya. Untuk masyarakat, selaku pendakwah.

Setiap orang ada kewajipan dan tugas yang mampu dan perlu disumbangkan untuk ISLAM. Untuk saudara/I, kawan-kawan, sahabat-sahabat dan abang-abang yang bergelar peniaga. Apa sumbangan yang diberikan untuk Islam. Renung-renungkan.

Kembali kepada tajuk. Pernahkah kita terfikir, bagaimana kehidupan pelajar-pelajar mahupun ustaz-ustaz pondok? Kadang-kadang hanya mempunyai sebuah motosikal bagi yang sudah berumahtangga. Kadang-kadang juga mempunyai kereta tetapi boleh dikatakan sudah hendak sampai "ajal".

Tetapi yang peliknya mereka nampak tenang. Hidup sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan tenteram. Apa kuncinya? Itulah yang disebutkan pada awal tadi tentang KEBERKATAN.

Bagaimana pula hubungan kita dengan ayahbonda. Adab, cara percakapan, layanan dan sebagainya. Adakah benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh ALLAH? Fikir dan terus berfikir.

Muhasabah itu yang paling penting. Berbalik kepada rezki. Allah telah mengharamkan jual beli secara tidak bersih atau dengan kata lainnya tidak jujur dan tidak amanah.

"wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang batil/berbohong/zalim/tidak adil/tidak benar kecuali dalam perniagaan yang berlaku atas dasar sama suka di antara kamu" an-Nisa' : 29

Ini jelas menunjukkan Allah melarang bagi hambanya untuk memakan harta secara batil.

"Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" al-baqarah : 275

Ini semuanya memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang orang hanya melihat kepada perkara zahir tanpa menyedari hakikat perkara batin yang bakal menimpa. Penipuan yang dilakukan dalam jual beli sememangnya menjadikan seseorang itu akan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun ia tidak sedar apakah yang bakal menimpanya di masa akan datang.

Seperti yang disebutkan di awal tadi, walaupun merasakan perniagaan begitu maju namun sering merasakan kekurangan. Kadang-kadang rumah kena pecah masuk, anak jatuh sakit, isteri selalu buat perangai, suami sering marah-marah. Ini membuktikan hasil kerja yang tidak ada keberkatan padanya.

Bukanlah kehidupan yang hakiki itu adalah dunia yang penuh dengan fitnah ini, namun hakikat kehidupan ialah menjadikan kehidupan yang sementara ini sebagai langkah untuk kehidupan setelah mati. Sejauh mana saham yang dilaburkan, sebanyak mana sedekah yang diberikan, seikhlas manakah setiap amalan yang dikerjakan.

"Tiada amalan yang diterima Allah menlainkan yang ikhlas keranaNYA"
"Bukan kemewahan yang diimpikan, namun reda Allah yang utama"

"Belajar daripada orang bijak "

"Belajar daripada orang bijak"

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia.

Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak?

Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan. Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Hidup ini penuh dengan kenangan... yang mendewasakannya ialah pengalaman, yang mematangkannya pula ialah cabaran. Pahit manisnya sukar untuk dikenang, sayang sekali untuk dibuang....

REMAJA MASJID BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.


Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

Feqhul Hadis: Dilarang menginginkan atau bercita-cita untuk mati

from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM
18 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Daripada Anas r.a beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

لا يتمنين أحدكم الموت لضر نزل به فإن كان لا بد متمنيا فليقل: الهم أحييني ما كانت الحياة خيرا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي
Maksudnya: "Janganlah salah seorang kamu menginginkan dan bercita-cita untuk mati disebabkan kemudaratan yang menimpamu.

Sekiranya dia terpaksa juga untuk berbuat demikian maka hendaklah dia berdoa: Ya Allah teruskanlah kehidupanku sekiranya hidup lebih baik bagi aku dan cabutlah nyawaku sekiranya kematian lebih baik buatku."(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Petunjuk hadis:

Hadis menunjukkan larangan bercita2 atau mengharapkan mati bila berlaku malapetaka, takut musuh, ditimpa penyakit, kesimpatan wang, tekanan hidup dan sebaginya dari kesusahan dunia. Ia dilarang kerana menunjukkan kepada tidak reda dengan ketetapan tuhan.

Hadis ini hanya melarang inginkan kematian jika disebabkan kesusahan dunia. Adapun inginkan kematian disebabkan fitnah dan musibah agama maka tidak dilarang. Dalil2nya adalah seperti berikut:

1. Maksud kemudaratan dalam hadis adalah kemudaratan dunia seprtimana yang ditafsirkan oleh ulama berdasarkan hadis yang sama dari riwayat Ibnu Hibban seperti berikut:

Maksudnya: "kerana kemudaratan yang menimpanya di dunia.."

2. Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal r.a ada doa yang berbunyi:

إذا أردت بعبادك فتنة فاقبضني إليك غير مفتون
Maksudnya: "..dan sekiranya kamu kehendaki satu kaum untuk mereka menimbulkan fitnah maka cabutlah nyawaku tanpa terkena fitnah tersebut." (Hr Abu Daud dan Hakim)

3. Kat a-kata Maryam a.s dalam al-Quran: Maksudnya: "Alangkah baiknya aku telah mati sebelum terjadi perkara ini." (23: MAryam)

Haram membunuh diri

Daripada hadis ini menunjukkan kepada haramnya membunuh diri kerana menginginkan kematian pun diharamkan, inikan pula menyebabkan kematian pada diri sendiri. Nabi s.a.w bersabda:

من قتل نفسه بشيء عذبه ا لله به في نار جهنم
Maksudnya: "Sesiapa yang membunuh dirinya dengan cara tertentu maka Allah akan mengazabnya di neraka jahannam dengan cara tersebut." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

kesimpulan:

Diharamkan kita menginginkan kematian disebabkan kesusahan dan kesulitan dunia. Kita sering mendengar kata-kata "lebih baik aku mati..", kata-kata seumpama ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam. Bagi mereka yang ditimpa kesulitan hendaklah sentiasa ingat pesanan Allah:

Maksudnya: "Setiap musibah yang melanda di bumi dan pada dir kamu sendiri, semuanya telah tertulis di dalam kitab lauh mahfoz sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidah bersedih terhadap apa yang telah luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira apa yang Allah berikan kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri." (22 dan 23: Al-Hadid)
Assalamualaikum w.b.t.


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak.

p/s : Ramadan makin hampir..jom kita pakat2 tingkatkan amalan sedekah kita..yg kurang, kita tambah2kan.. ('',)

* Catatan kuliah Maghrib oleh Ustaz Zainol Asri Bin Haji Ramli,
Masjid Al-Bukhary, Pantai Johor, Kedah.

الخميس، ٢٣ ربيع الآخر ١٤٣١ هـ

طائفة / Mazhab

Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.

Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.

Mazhab dalam Kristian pula seringkali disebut denominasi.

الاثنين، ٢٠ ربيع الآخر ١٤٣١ هـ

الأحد، ١٩ ربيع الآخر ١٤٣١ هـ

Baitulmuqaddis :

Baitulmuqaddis (بيت المقدس) atau Jerusalem juga dieja sebagai Baitulmaqdis (Bahasa Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushaláyim, Bahasa Arab: القدس al-Quds; lihat juga nama-nama Baitulmuqaddis) ialah sebuah kota lama yang terletak di Timur Tengah. Baitulmuqaddis memainkan peranan penting bagi agama Islam, Kristian, dan Yahudi. Ia merupakan kota paling suci bagi agama Kristian dan Yahudi dan tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Baitulmuqaddis ialah sebuah kota yang kaya dengan tamadun dan budaya. "Kota Lama" Baitulmuqaddis (juga dikenali sebagai Baitulmuqaddis Timur') dikelilingi dengan tembok yang dibina sejak kurun ke-15 lagi. Kota lama ini terbahagi kepada empat kawasan: Islam, Kristian, Yahudi, dan Armenia.

Kedudukan kota ini hangat diperkatakan. Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1949 di antara Israel dan Jordan menyebabkan kota ini terbahagi kepada dua. Baitulmuqaddis Barat menjadi milik Israel manakala Baitulmuqaddis Timur (Kota Lama) menjadi milik Jordan. Sejak kemenangan Israel pada perang tahun 1967, Israel menguasai kesuluruhan kota tersebut dan menuntut hak kedaulatan undang-undang terhadap Baitulmuqaddis. Israel juga menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara tetapi pengisytiharan ini tidak diiktiraf oleh masyarakat sedunia. Palestin juga menuntut supaya kesuluruhan Baitulmuqaddis ataupun sebahagian daripadanya yakni Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negaranya.

Sejarah :

Sejarah Baitulmuqaddis boleh dikategorikan kepada lima tahap;

* Zaman Kuno
* Zaman Pemerintahan Empayar Rom
* Zaman Islam
* Zaman Mandat British
* Zaman Pendudukan Israel

Zaman Silam :






Menurut orientalis Barat, Baitulmuqaddis mula menjadi tumpuan selepas Nabi Daud a.s. menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite. Nabi Daud a.s. kemudiannya dikatakan mula mengembangkan kota ini dan menjadikannya ibu kota kerajaannya. Baitulmuqaddis kemudian dikatakan diperintah oleh Nabi Sulaiman a.s.. Mengikut ahli sejarah Yahudi, Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang diberi nama Solomon's Temple (Kuil Sulaiman).

Tidak lama kemudian tentera Babylon mula menguasai Baitulmuqaddis daripada orang Yahudi. Nebuchadnezzar, raja Babylon kemudiannya menakluk Baitulmuqaddis dan memusnahkan Solomon's Temple. Dia kemudiannya menghalau orang Yahudi daripada Baitulmuqaddis. Selepas beberapa dekad, tentera Parsi menakluk Babylon. Cyrus II, raja Parsi membenarkan orang Yahudi kembali ke Baitulmuqaddis dan membina semula kuil mereka. Kuil Kedua kemudiannya dibina oleh Herod the Great tetapi selepas kematiannya, kota ini jatuh ke tangan Rom.

Pemerintahan Rom :

Semasa pemerintahan Rom, masyarakat Yahudi di Baitulmuqaddis memberontak. Akibatnya tentera Rom mematahkan pemberontakan tersebut dan memusnahkan Kuil Kedua orang Yahudi. Yang tinggal hanyalah sebahagian daripada kuil itu yang dikenali sebagai Tembok Barat.
Seni Bina Rom di Baitulmuqaddis.

Selepas pemberontakan tersebut, orang Yahudi dibenarkan tinggal di situ tetapi dalam jumlah yang kecil. Pada kurun kedua, Maharaja Rom memerintahkan supaya Baitulmuqaddis dibina semula dan membina sebuah kuil orang Rom di situ sambil menghalang kegiatan keagamaan orang Yahudi. Orang Yahudi kembali memberontak tetapi berjaya dipatahkan tentera Rom. Baitulmuqaddis dinamakan semula menjadi Aelia Capitolina.

Orang Yahudi dilarang memasuki Baitulmuqaddis. Selama 150 tahun selepas itu, kota ini menjadi tidak penting bagi kerajaan Rom. Namun demikian, Maharaja Byzantine iaitu Constantine membina Baitulmuqaddis sebagai pusat keagamaan Kristian dengan membina Church of the Holy Sepulcher pada tahun 335 masihi. Orang Yahudi tetap tidak dibenarkan memasuki Baitulmuqaddis kecuali semasa pemerintahan singkat Empayar Parsi pada tahun 614 hingga tahun 629.





Seni Bina Rom Di Baitulmaqdis....

Zaman Pemerintahan Islam :

Walaupun Al-Quran tidak menyebut mengenai nama "Baitulmuqaddis" tetapi hadith ada menyebut mengenainya. Menurut hadith sahih, adalah di Baitulmuqaddis Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Kota itu kemudiannya ditawan oleh angkatan tentera Islam pada tahun 638 Masihi. Saidina Umar Al-Khatab secara peribadi pergi ke Baitulmuqaddis untuk menerima penyerahan Baitulmuqaddis kepada kerajaan Islam. Beliau seterusnya ditawarkan bersembahyang di dalam Church of the Holy Sepulcher tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan mengarahkan supaya pembersihan dijalankan. Beliau kemudiannya membina sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa.

Enam tahun kemudian, Qubbat As-Sakhrah dibina. Struktur ini terdiri daripada sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj. Perlu diingatkan bahawa kubah yang bersalut emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid Al Aqsa di sebelahnya yang dibina tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutamanya semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Baitulmuqaddis berkembang. Ramai orang berpendapat Baitulmuqaddis pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestin.

Pemerintahan awal Islam juga mewujudkan sebuah tolenrasi di antara kaum. Namun semasa pemerintahan Al-Hakim Amr Allah, seorang khalifah kerajaan Fatimiyyah, beliau mengarahkan supaya semua gereja dan rumah ibadat bukan Islam dimusnahkan. Hal ini menyebabkan berlakunya Perang Salib. Pada tahun 1099, tentera Kristian Eropah menakluk Baitulmuqaddis. Mereka kemudiannya membunuh kesemua penduduk bukan Kristian yakni Muslim dan Yahudi.

Baitulmuqaddis kemudian dijadikan ibu kota Kerajaan Kristian Baitulmuqaddis (Kingdom of Jerusalem). Kerajaan ini kekal sehingga tahun 1291; Baitulmuqaddis sendiri ditawan oleh Salahuddin Al Ayubi pada tahun 1187. Salahuddin juga membenarkan semua orang beribadat di Baitulmuqaddis tidak kira sama ada Kristian, Muslim atau Yahudi. Pada tahun 1243, Baitulmuqaddis jatuh kembali ke tangan orang Kristian sebelum jatuh kembali ke tangan orang Islam pada tahun berikutnya.

Pada tahun 1517, Baitulmuqaddis ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Sulaiman al-Qanuni membina semula tembok Baitulmuqaddis yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini.





Pemandangan Udara Al-Haram Al-Sharif, dengan Qubbat As-Sakhrah di tengah, Tembok Barat dan Masjid Al Aqsa di bawah.




Pemandangan kaum wanita Muslim Baitulmuqaddis di Al Haram Al Sharif berlatar belakangkan Qubbah Al Sakhrah


Mandat British :



Peta Baitulmuqaddis pada tahun 1947 semasa Pentadbiran Mandat British.





Gambaran Pelukis mengenai Salahuddin Al-Ayubbi pejuang umat Islam yang membebaskan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib.


British berjaya menewaskan Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Dunia I. Dengan kemenangan mereka itu, tentera British di Mesir memasuki Baitulmuqaddis pada 11 Disember 1917. Pihak British kemudiannya membina rumah-rumah baru di sini dan menyebabkan Baitulmuqaddis berkembang sehingga luar daripada temboknya. Pemerintahan British menandakan bermulanya suasana kelam kabut di sini. Pendatang-pendatang Yahudi yang mendapat perhatian daripada kerajaan British menyebabkan orang Islam amnya dan orang Arab khususnya mendapat layanan yang tidak adil. Keganasan ini terus meningkat sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an.

Pada 29 November 1947, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu pelan untuk memisahkan Pentadbiran Mandat British di Palestin kepada dua buah negeri: satu untuk orang Yahudi, satu untuk orang Arab. Hal ini mengakibatkan berlaku pemberontakan di Baitulmuqaddis yang kemudiannya menyebabkan Perang Arab-Israel 1948 berlaku selepas pemerintahan Mandat British berakhir.


Baitulmuqaddis dan konflik Arab-Israel :

Semasa Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis terbahagi kepada dua. Bahagian baratnya yang meliputi bandar baru menjadi sebahagian daripada Israel manakala Bahagian timurnya termasuklah kota lama Baitulmuqaddis menjadi milik Jordan.

PBB mencadangkan supaya Baitulmuqaddis berada di bawah pentadbiran antarabangsa. Walau bagaimanapun, pada 23 Januari 1950, Parlimen Israel meluluskan satu resolusi untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitulmuqaddis Timur kemudiannya ditawan oleh tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Walaupun Israel membenarkan penganut agama di Baitulmuqaddis akses ke tempat suci mereka, terdapat banyak kerisauan mengenai beberapa serangan ke atas Masjid Al-Aqsa seperti kebakaran pada tahun 1969 yang disebabkan oleh seorang pelancong Australia yang gila. Status Baitulmuqaddis Timur tetap menjadi satu isu yang kontroversi.

Status semasa :

Menurut satu pelan PBB, Baitulmuqaddis sepatutnya menjadi sebuah bandaraya antarabangsa dan bukan sebahagian daripada negeri orang Arab ataupun negeri orang Yahudi. Sempena Perang Arab-Israel 1948, Baitulmuqaddis Barat diduduki oleh Israel manakala Baitulmuqaddis Timur menjadi milik Jordan.

Pada tahun 1967, semasa Perang Enam Hari, Israel menawan Baitulmuqaddis Timur dan mula mengambil langkah untuk menyatukan Baitulmuqaddis di bawah penguasaan Israel. Pada tahun 1988 Jordan menarik balik semua tuntutannya ke atas Tebing Barat (termasuklah Baitulmuqaddis) bagi menyokong Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Kedudukan Baitulmuqaddis masih lagi tidak terjawab.





Peta Baitulmuqaddis sekarang dan yang terkni.





Al Haram Al Sharif di Baitulmaqdis, tempat ketiga paling suci dalam Islam

Palestin....






Palestin (bahasa Arab:فلسطين Falasṭīn, bahasa Ibrani: פלשתינה Palestina) ialah nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk keseluruhan atau sebahagian daripada kawasan ini termasuk Israel, ialah "Israel Raya" (bahasa Ibrani: Eretz Yisrael), Kana'an dan Tanah Suci.

Dalam pengertian geografi yang luas, Palestin merujuk kepada kawasan yang merangkumi negara Israel kini dan wilayah-wilayah Palestin, di samping sebahagian daripada Jordan, Lubnan dan Syria. Dalam pengertian yang sempit pula, ia merujuk kepada kawasan di dalam sempadan bekas Mandat British di Palestin (1920-1948), di sebelah barat Sungai Jordan.

Hari ini, Palestin boleh digunakan untuk merujuk kepada "Negara Palestin" yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Di dalam konteks Konfilk Israel-Palestin, istilah Palestin mempunyai konotasi politik yang amat berat dan boleh mencetuskan kontroversi.


Geografi :


Palestin terletak di bagian barat benua Asia yang membentang antara garis lintang meridian 15-34 dan 40-35 ke arah timur, dan antara garis lintang meridian 30-29 dan 15-33 ke arah utara.

Palestin membentuk bagian tenggara dari kesatuan geografi yang besar di belahan timur dunia Arab yang disebut dengan negeri Syam. Selain Palestin, negeri Syam terdiri dari Lubnan, Syria dan Jordan. Pada awalnya negara-negara ini mempunyai perbatasan yang kolektif di luar perbatasannya dengan Mesir.

Perbatasan Palestin dimulai dengan Lubnan di Ras El-Nakoura di wilayah laut Mediterranian (Laut Tengah) dan dengan garis lurus mengarah ke timur sampai ke daerah di setelah kota kecil Lubnan iaitu kota Bent Jubayel, di mana garis pemisah antara kedua negara ini miring ke utara dengan sudut yang hampir lurus. Pada titik ini, perbatasan berada mengitari mata air sungai Jordan yang menjadi bagian dari Palestin dalam jalan kecil yang membatasinya dari wilayah Timur dengan wilayah Syria dan danau Al Hola, Lout dan Tabariyya.

Perbatasan dengan Jordan dimulai di wilayah selatan danau Tabariyya pada pembuangan sungai Al Yarmouk. Terus sepanjang sungai Jordan. Dari mata air sungai Jordan, perbatasan ini ke arah selatan membelah pertengahan Laut Mati secara geometrikal dan lembah Araba, hingga sampai pada daerah Aqaba.

Perbatasan dengan Mesir dapat digambarkan dengan garis yang hampir membentuk garis lurus yang membelah antara daerah semi-pulau Seena dan padang pasir Al Naqab. Perbatasan ini dimulai di Rafah di Laut Tengah hingga sampai ke daerah Taba di Teluk Aqaba.

Di bagian Barat, Palestin terletak di sebelah perairan lepas antarabangsa dari Laut Tengah dengan jarak sekitar 250 km dari Ras El-Nakoura di belah selatan hingga Rafah di bahagian selatan.

Kerana lokasinya terletak di pertengahan negara-negara Arab, Palestin membentuk kombinasi geografi yang natural dan humanistik bagi medan daratan yang luas yang memuat kehidupan orang-orang asli Badui di wilayah selatan dan gaya pendudukan yang sudah lama di bagian utara. Tanah Palestin mempunyai keistimewaan dibanding dengan daerah lain kerana merupakan sebahagian dari tempat tinggalnya manusia pertama, tempat diturunkannya semua agama samawi, tempat di mana peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti komersil dan tempat penyusupan ekspedisi ketenteraan di sepanjang era bersejarah yang berbeza. Lokasi strategik yang dinikmati Palestin memungkinkannya untuk faktor penghubung antara berbagai benua bagi dunia kuno Asia, Afrika dan Eropah. Palestin juga menjadi tempat yang dijadikan pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat jiran. Ia menjadi jambatan penghubung bagi manusia sejak dahulu kala, sebagaimana ia juga menikmati lokasi sentral yang memikat seluruh orang yang mau bermukim dan hidup dalam kemakmuran. Maka dari itu sangat alami kalau Palestin menjadi pusat bagi kerakusan banyak orang yang ingin berkuasa dan mengeksploitasi keistimewaannya.

Palestin dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu:

* Semenanjung Gaza (غزة)
* Tebing Barat

Menteri Kabinet Negara Palestin

1.PresidenMahmoud Abbas
2.Perdana MenteriIsmail Haneyyah,beliau juga memegang jawatan Menteri Kesukanan Palestin
3.Timbalan Perdana MenteriNasseredine al-Shaer,beliau juga memegang jawatan Menteri Pelajaran Palestin
4.Menteri KewanganOmar Abdulrazek
5.Menteri Hubungan LuarMahmoud al-Zahhar
6.Menteri dalam NegeriFathi Hamad
7.Menteri EkonomiAlandine Al-Aaraj
8.Menteri PeneranganYussef Rizqa
9.Menteri KeadilanAhmed Al-Khaldi
10.Menteri KesihatanBassem Naim
11.Menteri Kerajaan TempatanIssa al-Jahari
12.Menteri Kerja RayaZiad al-Zhazha
13.Menteri Tenaga BuruhMohammed Barghouthi
14.Menteri Teknologi dan KomunikasiJamal al-Khodari
15.Menteri Hal Ehwal TahananWasfi Kabha
16.Menteri KebudayaanAttallah Abu al-Sabeh
17.Menteri PerancanganSamir Abu al-Sabeh
18.Menteri PelanconganJawdath Mourqos,beliau beragama kristian
19.Menteri PengangkutanAbdelrahman Zidane
20.Menteri PertanianMohammed al-Agha 21.Menteri Hubungan SosialFakhri al-Turkmani 22.Menteri WanitaMariam Saleh 23.Menteri AgamaNayeb Rajub 24.Menteri Hal Ehwal BaitulmaqdisKhaled Abu Arafeh 25.Menteri Hal Ehwal PelarianAtef Edwane

الأحد، ٣٠ صفر ١٤٣١ هـ

Muhammad Yusof......


..



alhamdulillah,berubah juga sahabatku ini.....

Gambar sahabat2 ku .......




perasan macho semuanya...........

الاثنين، ١٧ صفر ١٤٣١ هـ









Allah menyelamatkan Nabi Muhammad saw daripada rencana jahat untuk mencuri jenazah Baginda. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat Islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi Al-Madinah Al Munawarah.

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pastinya sebahagian besar orang yang berziarah ke Masjid Nabawi pasti tidak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad di mana keadaan umat Islam yang semakin lemah dan berdirinya beberapa buah kerajaan Islam di beberapa daerah. Lantaran keadaan itu, dalam diam-diam pemerintah Eropah Kristian telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad saw.

Setelah terjadinya kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka pun mengutus dua orang Nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Ia dilaksanakan bertepatan dengan musim haji di mana pada musim itu ramai jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang Nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maghribi. Keduanya ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW. Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamar menuju ke makam Rasulullah saw. Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah swt melalui seorang hamba-Nya yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, bapa saudara kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang membuka kota Baitulmaqdis , adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam pada waktu itu yang mendapat petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah. Sultan tersebut telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berjambang:

“ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku daripada maksud jahat kedua orang ini. ”

Sultan Mahmud terbangun dalam keadaan gelisah lalu baginda melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah saw hingga tiga kali dalam satu malam. Lantas baginda memanggil Perdana Menteri, lalu Perdana Menteri menyuruh Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki supaya bersedia untuk bertolak pada malam itu juga dan merahsiakan perjalanan itu.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah yang memakan masa 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, Sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi saw. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi saw. Pada ketika itu tiada seorang pun tahu akan kedatangan Sultan ke Madinah.

Dalam masa tersebut , baginda tidak tahu untuk berbuat apa lalu Gabenor Madinah dipanggil menghadap oleh Perdana Menteri . Gabenor Madinah disuruh untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah bagi memudahkan baginda Sultan mengecam muka kedua-dua lelaki tersebut. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu:

“ Apakah baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? "

“ Iya ” , jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaluddin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil baginda Sultan mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun Sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu di antara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah(1) makanan. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi.

“ Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah daripada Sultan? ”

" Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah daripada Sultan, kecuali dua orang dari Maghribi tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya Sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah orang yang baginda lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia, Sepanyol. Meskipun Sultan sudah mendesak bertanyakan tentang kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku sehingga Sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam penjagaan yang ketat.

Sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu Sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, Sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.

Masya Allah,,,

Subhanallah,,,

Ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad. Seketika itu juga, Sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW.

Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi saw dan mayat mereka berdua dibakar .

Sesungguhnya hukum mati dengan membakar pesalah adalah haram di sisi syara’ ,tetapi disini Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki telah mengambil kaedah siasah syariah ke atas orang yang melakukan mungkar keterlaluan. Sebenarnya tindakan yang serupa yang diambil, telah berlaku pada zaman Saidina Ali k.w.j di mana terdapat golongan Saba’iyah yang mengikut ajaran Abdullah bin Saba’ yang menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah s.w.t. Lalu Saidina Ali memerintahkan ketua keselamatannya, Qambar supaya membakar golongan ini, bila dihukum bunuh mereka mengejek hukuman mati, lantas memerintah dengan syairnya yang terkenal:

" Sesungguhnya aku telah melihat satu perkara yang sangat mungkar, lalu aku memerintah Qambar menyalakan api dan membakar mereka yang berani mengatakan Allah swt menjelma dalam diri Saidina Ali. ”


* Petikan daripada Kuliah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (16/01/2009)
(Artikel ini telah diubahsuai daripada segi bahasa dan perkataan namun tidak mengubah makna dan maksud asal artikel ini. Artikel asal boleh dilihat di sini.)